Sunday, December 26, 2010

result exam…

minggu lepas, result pmr kluar. macam biasa lah adat result keluar, ada yang ketawa, ada yang menangis, ada yang macam-macam lagi lah..tapi kali ni aku tak tau suasana hari tersebut macam mana sebab time tu, aku kat kampus, ada test math. dalam sejam sebelum test tu mak aku call bagitau result adik aku. time tu aku tak ambil kisah sangat sebab aku lagi risaukan test aku ni. apa pun, alhamdulillah la memang rezeki dia dapat result okay.
tu kita cerita bab yang result okay. skarang aku nak cerita bab result tak berapa okay la. bukan niat aku nak sombong, bongkak, riak, takbur, dan ujub, tapi ni sekadar pedoman je. alhamdulillah setakat aku hidup da 18 tahun ni, setiap exam mcm upsr, pmr dan spm, semuanya dapat a. cuma test-test kat sekolah dulu memang kebanyakannya gagal.
gagal dalam exam ni ada banyak sebab. pada pendapat aku berdasarkan pengalaman hidup aku nih, aku banyak gagal sebab MALAS, BANYAK MAIN MAIN. dan aku percaya most of students kat dunia ni gagal disebabkan perkara tersebut. time form 4 dulu, aku tak pernah lulus add math, sikit pun tak pernah. sampai awal tahun form 5 aku still gagal. alhamdulillah menjelang mid term time form 5, aku start sedar, sampai bila aku nak jadi mcm ni, madah fail je. aku pun start satu initiative dengan beli buku kerja sendiri (credit to duit mak aku) dan buat latihan sebanyak yang boleh. kalau tak sampai bila nak jadi noob dlm addmath. alhamdulillah dgn izin Allah+berkat cikgu norizah yang ajar time tu, dari gred g9 aku melonjak ke gred b4. ramai mcm tak percaya aku boleh dapat mcm tu. aku bersyukur gila time tu.dengan izin Allah gak aku dpt a (a apa ntah aku tak ingat) dlm trial spm sbp dan julang (negeri johor) dan seterusnya a+ dlm spm.
yang tadi tu aku cuma nak tunjukkan cara nak mengelakkan kegagalan yang disebabkan oleh rasa malas. banyak lagi sebenarnya punca kegagalan ni. kurang kasih sayang keluarga, didikan agama, masalah sosial,dll. tapi yg tu aku takde pengalaman lagi la.
kadang-kadang kita tengok terdapat segelintir pelajar yg sebelum ni belajar bersungguh-sungguh,buat semua revision, asal tak tau je terus tanya cikgu, tapi bila time exam sebenar, dia gagal. ini lah yang dinamakan takde rezeki, bukan sebab dia tak pandai atau tak berkat ke apa, cuma kadang2 Allah saje nak uji kita dengan kegagalan, nak kita sedar dan tingkatkan semangat kita supaya berusaha dengan lebih kuat pada masa akan datang. dulu cikgu sejarah aku cakap, “gagal dlm exam bukan bermakna gagal dlm hidup'”. setiap daripada kita yg gagal ni kena yakin yg Allah bagi kita kegagalan ni bukan sebab saje2 je, tapi sebagai tanda yg Dia nak bagi kita kejayaan lain yg kita sendiri tak tau pada suatu masa nanti.
satu lagi, kita jangan ejek org yg gagal, sbab nanti org yg gagal tu akan ejek kita balik kalau dia lagi berjaya dari kita nanti…hahaha…aku dah pernah rasa dah ejek org lain yg gagal, tapi bukan gagal dlm exam la,cme sebab kalah main game. tak lama lepas tu aku pulak kalah, dia ejek aku balik.
yang penting, anggap je kegagalan tu sebagai butang lif yang akan ditekan untuk korang bergerak menuju ke tingkat kejayaan yang lebih tinggi pada suatu masa nanti.

(saat entry ni dihasilkan, sebulan sebelum tu result semester satu baru keluar. resultnya? MACAM HARAM….sebab aku banyak main2 time sem 1..padan muka aku..haha)

Monday, October 11, 2010

aku skema ke?

recently, aku ada im (instant message) kat facebook dengan sorang kenalan aku. Siapa dia tak perlulah aku kenalkan..hahaha....masa nak tunggu result spm kan lama, so aku kerja la kat satu supermarket nih..Dia dulu satu tempat kerja ngan aku, tapi dia department laen la..aku kat bahagian canned food..time kerja dulu pun aku tak berapa kenal dia, apatah lagi nak nak berbual-bual ngan dia..cerita-punya cerita..tiba2 dia cakap aku skema..aku bukan terguris hati..cuma pelik..skema ni kan untuk individu yang macam baik je..tak berapa nak buat salah, sedangkan aku ni sikit punya nakal (boleh tahan lah), dia kata aku skema...haha...rupa-rupanya..dia maksudkan skema tu pendiam : aku ni pendiam dan jarang berinteraksi dengan masyarakat sekeliling..

haha..itu rupanya yang dia nak cakap..tapi memang betul kot..aku ni tak berapa nak peramah sangat..biasa-biasa je la..ikut mood..lau aku nak ramah aku ramah la..lau taknak ramah aku marah...haha. sampai kadang kala ada orang cakap aku ni sombong..adoyay..sorry la eh..aku pon tak tau la nape jadi camne..segan sangat kot..haaha...kat facebook bukan main lagi ramah..ye la..sebab lau kat situ kena tulis je, takyah bercakap..



sebenarnya bukan la niat aku nak sombong, bongkak, riak, takbur dan ujub kat orang lain..aku manusia biasa je..cuma aku rasa aku ni kurang kemahiran berkomunikasi kot..aku tak berapa pandai nak tegur orang..tapi selalunya kalau orang lain tegur aku aku layan..takde hal punya.

sorry yea guys..lepas ni tegur-tegur je la aku dan aku akan tingkatkan kemahiran menegur aku dari semasa ke semasa..aku taknak la orang lain cakap aku ni sombong and berlagak..tapi lau cakap aku penyegan tu takpe..haha



credit to her sebab menyedarkan aku dari kelalaian ini..semoga hidup kita semua diberkati Allah..insyaAllah..

and one more thing...diorang belum tengok kalau aku ketawa ngan member2 aku camne..sekali gelak mcm setan...takde la skema sangat kan...haha

lama siot tak update

tiba-tiba hari ni aku rasa nak update blog ni...aku bukan nye faham sangat camne nak update2 ni..so apa yg ada je la eh...

aku pon tak tau camne boley dapat hidayah nak update..blog ni pon bukan ada org nak tengok pon..aku rasa la..dari malam tadi aku tak tido langsung..boring taktau nak wat apa, then aku main game Pro Evolution Soccer. actually aku baru belajar main game ni lepas abes final exam hari tu..aku mengaku la yg aku memang NOOB bab2 game2 ni..tapi takpe la..dari first time main sampai skarang aku pakai level beginner je..tu yg skor banyak gila..haha


controller yang aku guna buat maen PES '10..haha..nooby2 seyh


sekarang ni aku dah seminggu ada kat rumah, cuti semester..boring gila kot sampai SEBULAN SETENGAH cuti..aku tengok universiti lain cuti paling lama pon DUA MINGGU..ni mesti UiTM nak makan gaji buta kot..malas nak ngadap budak2 asasi nih..haha

apsal la dah pagi pon still tak ngantuk2 lagi ek..aku rasa pasal aku minum kopi brand apa ntah..aku jumpa serbuk dia..aku tuang dua paket dalam satu cawan..patutla sampai skarang tak menguap walau sedetik pon..hahaha

apa pon..terima kasih la pada mana2 pihak yang memberikan aku inspirasi untuk update blog ni...haha

ok la..wasssalamu...

Tuesday, July 6, 2010

saya baru buat blog

saya baru je buat blog ni pada 7 julai 2010, 2.10pm....lau ada salah dan silap tolong tunjukkan ok...