Sunday, December 26, 2010

result exam…

minggu lepas, result pmr kluar. macam biasa lah adat result keluar, ada yang ketawa, ada yang menangis, ada yang macam-macam lagi lah..tapi kali ni aku tak tau suasana hari tersebut macam mana sebab time tu, aku kat kampus, ada test math. dalam sejam sebelum test tu mak aku call bagitau result adik aku. time tu aku tak ambil kisah sangat sebab aku lagi risaukan test aku ni. apa pun, alhamdulillah la memang rezeki dia dapat result okay.
tu kita cerita bab yang result okay. skarang aku nak cerita bab result tak berapa okay la. bukan niat aku nak sombong, bongkak, riak, takbur, dan ujub, tapi ni sekadar pedoman je. alhamdulillah setakat aku hidup da 18 tahun ni, setiap exam mcm upsr, pmr dan spm, semuanya dapat a. cuma test-test kat sekolah dulu memang kebanyakannya gagal.
gagal dalam exam ni ada banyak sebab. pada pendapat aku berdasarkan pengalaman hidup aku nih, aku banyak gagal sebab MALAS, BANYAK MAIN MAIN. dan aku percaya most of students kat dunia ni gagal disebabkan perkara tersebut. time form 4 dulu, aku tak pernah lulus add math, sikit pun tak pernah. sampai awal tahun form 5 aku still gagal. alhamdulillah menjelang mid term time form 5, aku start sedar, sampai bila aku nak jadi mcm ni, madah fail je. aku pun start satu initiative dengan beli buku kerja sendiri (credit to duit mak aku) dan buat latihan sebanyak yang boleh. kalau tak sampai bila nak jadi noob dlm addmath. alhamdulillah dgn izin Allah+berkat cikgu norizah yang ajar time tu, dari gred g9 aku melonjak ke gred b4. ramai mcm tak percaya aku boleh dapat mcm tu. aku bersyukur gila time tu.dengan izin Allah gak aku dpt a (a apa ntah aku tak ingat) dlm trial spm sbp dan julang (negeri johor) dan seterusnya a+ dlm spm.
yang tadi tu aku cuma nak tunjukkan cara nak mengelakkan kegagalan yang disebabkan oleh rasa malas. banyak lagi sebenarnya punca kegagalan ni. kurang kasih sayang keluarga, didikan agama, masalah sosial,dll. tapi yg tu aku takde pengalaman lagi la.
kadang-kadang kita tengok terdapat segelintir pelajar yg sebelum ni belajar bersungguh-sungguh,buat semua revision, asal tak tau je terus tanya cikgu, tapi bila time exam sebenar, dia gagal. ini lah yang dinamakan takde rezeki, bukan sebab dia tak pandai atau tak berkat ke apa, cuma kadang2 Allah saje nak uji kita dengan kegagalan, nak kita sedar dan tingkatkan semangat kita supaya berusaha dengan lebih kuat pada masa akan datang. dulu cikgu sejarah aku cakap, “gagal dlm exam bukan bermakna gagal dlm hidup'”. setiap daripada kita yg gagal ni kena yakin yg Allah bagi kita kegagalan ni bukan sebab saje2 je, tapi sebagai tanda yg Dia nak bagi kita kejayaan lain yg kita sendiri tak tau pada suatu masa nanti.
satu lagi, kita jangan ejek org yg gagal, sbab nanti org yg gagal tu akan ejek kita balik kalau dia lagi berjaya dari kita nanti…hahaha…aku dah pernah rasa dah ejek org lain yg gagal, tapi bukan gagal dlm exam la,cme sebab kalah main game. tak lama lepas tu aku pulak kalah, dia ejek aku balik.
yang penting, anggap je kegagalan tu sebagai butang lif yang akan ditekan untuk korang bergerak menuju ke tingkat kejayaan yang lebih tinggi pada suatu masa nanti.

(saat entry ni dihasilkan, sebulan sebelum tu result semester satu baru keluar. resultnya? MACAM HARAM….sebab aku banyak main2 time sem 1..padan muka aku..haha)