Monday, October 11, 2010

aku skema ke?

recently, aku ada im (instant message) kat facebook dengan sorang kenalan aku. Siapa dia tak perlulah aku kenalkan..hahaha....masa nak tunggu result spm kan lama, so aku kerja la kat satu supermarket nih..Dia dulu satu tempat kerja ngan aku, tapi dia department laen la..aku kat bahagian canned food..time kerja dulu pun aku tak berapa kenal dia, apatah lagi nak nak berbual-bual ngan dia..cerita-punya cerita..tiba2 dia cakap aku skema..aku bukan terguris hati..cuma pelik..skema ni kan untuk individu yang macam baik je..tak berapa nak buat salah, sedangkan aku ni sikit punya nakal (boleh tahan lah), dia kata aku skema...haha...rupa-rupanya..dia maksudkan skema tu pendiam : aku ni pendiam dan jarang berinteraksi dengan masyarakat sekeliling..

haha..itu rupanya yang dia nak cakap..tapi memang betul kot..aku ni tak berapa nak peramah sangat..biasa-biasa je la..ikut mood..lau aku nak ramah aku ramah la..lau taknak ramah aku marah...haha. sampai kadang kala ada orang cakap aku ni sombong..adoyay..sorry la eh..aku pon tak tau la nape jadi camne..segan sangat kot..haaha...kat facebook bukan main lagi ramah..ye la..sebab lau kat situ kena tulis je, takyah bercakap..



sebenarnya bukan la niat aku nak sombong, bongkak, riak, takbur dan ujub kat orang lain..aku manusia biasa je..cuma aku rasa aku ni kurang kemahiran berkomunikasi kot..aku tak berapa pandai nak tegur orang..tapi selalunya kalau orang lain tegur aku aku layan..takde hal punya.

sorry yea guys..lepas ni tegur-tegur je la aku dan aku akan tingkatkan kemahiran menegur aku dari semasa ke semasa..aku taknak la orang lain cakap aku ni sombong and berlagak..tapi lau cakap aku penyegan tu takpe..haha



credit to her sebab menyedarkan aku dari kelalaian ini..semoga hidup kita semua diberkati Allah..insyaAllah..

and one more thing...diorang belum tengok kalau aku ketawa ngan member2 aku camne..sekali gelak mcm setan...takde la skema sangat kan...haha

No comments:

Post a Comment