Sunday, May 8, 2011

Beruwang

minggu lepas, RON97 naik 20 sen kepada paras tertinggi dalam sejarah malaysia. walaupun tak ramai yang terkesan dengan perubahan ni, namun perkara ni sedikit sebanyak bagi impak besar terhadap ekonomi negara. walaupun harga petrol RON97 lebih mahal daripada RON95, sebenarnya RON97 memberi mileage yang lebih jauh berbandin RON95. tapi disebabkan kenaikan harganya, maka dijangka orang ramai tak ambil kisah pun mana yang lebih bagus, asalkan lebih murah. haha.
Fullscreen capture 552011 11639 PM
bila harga minyak petrol atau diesel ni naik, situasi ni seolah-olah memberi lesen kepada kebanyakan pihak untuk mengambil kesempatan menaikkan harga barangan mereka. alasannya, kenaikan kos penghantaran sesuatu barang yang meningkat disebabkan minyak naik. kadang2 kita serba salah, rasa marah sebab suka2 hati je dorang nak naikkan harga, tapi kesian lak kat sesetengah peniaga kecil-kecilan yang terpaksa menaikkan harga barang kerana bimbang jika memperoleh keuntungan yang sedikit. entahlah. kepada siapa perkara ini harus dipersalahkan pun kita tak tau. nak salahkan gomen, nanti kata dah bagi subsidi la, harga minyak global meningkat la,hape la..pada akhirnya, pengguna yang tersepit dan menjadi mangsa dalam perkara ni.
1
banyak lagi pihak terkesan disebabkan situasi ini. pengusaha bas sekolah menaikkan kada tambang, menyebabkan ibu bapa terpaksa memperuntukkan lebih perbelanjaan untuknya. harga makanan kat kantin ataupun kafeteria pun semakin lama semakin mahal. kalau dulu sekitar tahun 2000 hingga 2005, sudah memadai untuk murid sekolah rendah bawa seringgit untuk makan. pelajar menengah pula RM 2.00. tapi sejak akhir2 ni. rm2.00 pun dianggap sedikit bagi murid sekolah rendah. tu anak2 yang ibu bapanya berpendapatan sederhana. cuba bayangkan kalau ibu bapa yg miskin. nak bagi anak seringgit sehari pun belum tentu mampu. kesian pada anaknya.
belum cerita lagi pasal student yg kt ipt. duit poket, buku, sewa rumah, tambang. macam2 lagi lah. kalau tak pandai berjimat, memang kayap la jadinya. pengalaman sememangnya mengajar aku. kalau tak pandai berjimat, memang jadi miskin la. waktu dalam pngajian asasi, makan tengahari dengan nasi+lauk+air=rm5.00. tu yg minimum bagi aku sebab aku ni mkn memang banyak gak la. malam lak sama harganya. kadang2 petang2 lepas habis class tersinggah lak cafe, termakan pulak mi hun sup, da RM3.00 melayang. 3+2(5)=RM13.00. darab lak dengan 30 hari, da jadi rm390.00. tu minimum. yang beli makanan lain yg tak berfaedah tu malas la aku nak tulis. haha. fyi, time tu aku dapat biasiswa jpa, so dapat la RM1200++ each semester. time da dapat tu, memang tak ingat dunia la. beli je apa2 yg nak, jalan2 kat mana2. sampai tak sedar duit da tinggal sikit. time asasi, nasib baik hostel ada,takde duduk rumah sewa.
bak kata pepatah, dah terhantuk baru nak terngadah. kadang2 rasa menyesal lak enjoy duit tu sakan. lau masuk degree nanti, rasa da tak dapat kot scholarship tu sebab result tak cukup.haha. untuk mengelakkan kesilapan tu jadi kat korang, aku sarankan korang jauhi je la benda2 yg aku da buat tu. insyaAllah berjaya. tapi jangan sampai jimat sangat sampai tak cukup makan lak. buat perokok2 muda, aku takde la paksa korang berhenti, tapi kurangkan la sikit, boleh la jimat2 sikit duit tu. hehe. yg asyik bercinta tu lak, jgn asyik nak dating, belanja pasangan korang je. skali skala tu bolehlah. korang pun belum tentu jodoh dengan pasangan korang. jangan sampai kena kikis sudahla..seriously benda ni terjadi dalam kalangan kawan kepada kawan aku.
akhir kata, elok la duit tu kumpul pastu boleh pergi haji dan insyaAllah boleh dapat haji mabrur. kat dunia miskin, tapi kat akhirat kaya raya!hehe

Mekah(ABC)




*update: mulai 10 mei 2011, harga gula pula akan dinaikkan sebanyak dua puluh sen..

2 comments: